Thursday, February 24, 2011

KONSEP MASJID

Masjid ialah institusi yang amat penting dan bermanfaat bagi umat Islam kerana menjadi lambang keagungan kepada umat islam. Di masjid, umat Islam mengerjakan solat dan sebagainya. Masjid dalam erti kata merupakan tempat yang mulia di sisi Allah SWT. Kerana itu Allah memberi perhatian yang sangat khusu terhadap tempat tersebut. Hal ini terbukti dengan banyaknya janji yang difirman oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang mahu memelihara dan mengimarahkn rumah-Nya. Salah satu di antara nikmat yang telah dijanjikan oleh Allah SWT adalah sesungguhnya Allah SWT akan membina sebuah rumah di dalam syurga bagi mereka yang menggunakan harta sendiri untuk membina masjid.


Masjid berasal daripada perkataan Arab yakni "sa-ja-da" yang memberi maksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi mulia ke posisi yang paling rendah,separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah SWT, jadi masjid adalah rumah tempat menyembah Allah atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang pertama ialah Baitullah al-Haram di Makkah al-Mukarammah. Di sebut Baitullah al-Haram kerana diharam berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadap muka dan dada ketika mengerjakan solat. Namun masjid dalam erti yang luas adalah semua bumi Allah SWT ini. Hal ini sesuai dengan sabda Rasullullah SAW "..dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yang suci-mensucikan".


Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:
Rasullulah s.a.w bersabda :
aku diberi 5 perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.
Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia.
Dihalalkan untukku harta rampasan perang sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku.
Disediakan bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu solat.
Maka sesiapun apabila tiba waktu solat di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan solat.
Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan.
Aku juga diberi hak untuk memberi syafaat.

No comments:

Post a Comment