Friday, February 25, 2011

HURAIAN

Seperti di atas, saya telah memilih sebuah masjid jamek yang berdekatan dengan tempat tinggal saya di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam iaitu Masjid Jamek Alma Jaya. Saya memilih masjid ini berikutan dengan lokasinya yang strategi kerana terletak berdekatan dengan banyak-banyak taman yang berdekatan. Malah, masjid ini juga sering dikunjungi oleh pengunjung tidak kira yang tinggal di kawasan sekitarnya ataupun luar kariah kerana masjid ini terletak belakang stesen minyak Caltex.

Masjid yang berwarna kuning dan beratap biru ini dinamakan Masjid Jamek Alma Jaya,Taman Alma Jaya,Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Masjid ini juga terbesar di kawasan Bukit Mertajam di mana ia mampu memuatkan jemaah seramai 5000 orang dalam satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, perpustakaan dan kelas-kelas bimbingan agama. Masjid berkubah kuning ini dibina di atas kawasan seluas 10 hektar di Taman Alma Jaya.




Masjid Jamek Alma Jaya merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan penganut Islam di kawasan Bukit Mertajam. Acara perasmiannya pada 11 Mac 2008, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Gabenor Pulau Pinang telah menempa sejarah bukan sahaja kepada YDP Pulau Pinang, tetapi juga kepada rakyat Pulau Pinang am dan Sebersang Perai seluruhnya.

Secara ringkas sejarah penubuhan Masjid Jamek Alma Jaya (MJAJ)

Arahan pembinaan : Kerajaan Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Raya

Tarikh arahan : Akhir tahun 2003

Arahan kepada : Jurubina Bertiga

Tarikh diamanahkan : Awal tahun 2004

Perletakan batu asas : Oleh Yang Dipertua Gabenor Pulau Pinang

Tarikh pembinaan : 1 Ogos 2005

Tarikh sempurna :15 Ogos 2009

Tarikh digunakan : 1 Oktober 2009

Tarikh dirasmikan : 1 Januari 2010

Aktiviti-aktiviti Masjid Jamek Alma Jaya

Perpustakaan




Perpustakaan MJAJ telah dibuka secara tidak rasmi pada 1 Februari 2010.Antara program-program yang dijalankan oleh perpustakaan MJAJ:

1) Lawatan ke Perpustakaan Negeri Pulau Pinang
    Terdiri daripada 3 orang AJK yang menyertai lawatan ini. Hasil daripada lawatan ini, pihak masjid berjaya mengadakan perjanjian untuk meminta pihak Perpustakaan Negeri Pulau Pinang untuk menghantar pegawai-pegawai untuk membantu pihak masjid dalam pelbagai perkara.Antara perkara yang telah dipersetujui dalam perjumpaan itu adalah :

Meminta Khidmat nasihat secara bulanan.

Menggunakan kepakaran pengurusan MNPP.

Jemputan sebagai panel penilai perpustakaan.

Memohon kursus pendek selama 3 hari di Perpustakaan MNPP.

 Pengurusan Jenazah


Kumpulan menguruskan jenazah Masjid Jamek Alma Jaya ini merupakan satu rentetan dari perlantikan Tn. Haji Hisham bin Siddiq sebagai ketua melalui keputusan AJK MJAJ Bil 1, 2010 pada 1 November 2009. Ini disebabkan kemudahan yang amat diperlukan penduduk setempat mahupun pihak Jabatan Agama Islam sendiri sekiranya ada anak qariah atau orang dari luar dalam kawasan qariah Bukit Mertajam yang meninggal  dan memerlukan perkhidmatan pengurusan jenazah yang bersistematik. Sebelum ini, penyelenggaraan telahpun beroperasi ( secara tidak langsung) dengan menguruskan beberapa jenazah. Antaranya :

1. Di Masjid Jamek Cherok To Kun
2. Di Surau sekitar
3. Di rumah simati (arwah)

Setelah dilihat dari suatu sudut, terdapat dikalangan AJK Masjid Jamek Alma Jaya sendiri yang boleh dan mampu menguruskannya serta desakan yang menyeluruh dan bersungguh dalam mesyuarat AJK MJAJ Bil 1, 2010 pada 1 November 2009, maka secara rasminya Kumpulan mengurus jenazah MJAJ telah dibentuk.

Bidang Tugas Kumpulan

1. Bidang kerja pengurusan yang dilakukan ialah :
    Dari rumah ke Masjid
    Dari Hospital ke Masjid
    Dari Masjid ke Tanah Perkuburan
    Dari Hospital ke rumah arwah

2. Mengkafan jenazah

3. Menyembahyangkan jenazah/tahlil

4. Mentalqinkan jenazah

Bukan Bidang Tugas Kumpulan

Tidak menyelenggarakan jenazah yang bermasalah seperti penghidap HIV dan lain-lain penyakit berjangkit sebaiknya meminta agar waris merujuk kepada Pusat Perubatan atau Hospital Bukit Mertajam yang terdekat.

Perbelanjaan Pengurusan Jenazah

Segala kos pengurusan akan ditanggung oleh waris atau wakil waris simati melainkan apa yang digunakan di dalam masjid seperti air dan bekalan elektrik.

Khidmat Nasihat

Sesi khidmat nasihat yang berkaitan isu-isu kekeluargaan turut disediakan di Masjid Alma Jaya. Sila hubungi pejabat pentadbiran Masjid Alma Jaya untuk membuat temujanji dengan imam atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan.

              WAKTU BERURUSAN

                 2.00 P.M - 4.30 P.M
                   (ISNIN - KHAMIS)

                  2.45 P.M - 4.30 P.M
                        (JUMAAT)








Pejabat Pentadbiran (Pejabat Imam)

Pejabat Pentadbiran Masjid Jamek Alma Jaya dibuka kepada orang awam untuk urusan-urusan tertentu. Ianya dikendalikan oleh Ust. Aidel Azheim bin Abdul Halim. Antara urusan yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Membuat Temujanji Dengan Imam
  • Maklumat Tentang Pengajian Bersijil
  • Pengesahan Permastautinan
  • Pengesahan Borang Atau Sijil
  • Permohonan Penggunaan Kemudahan masjid
  • Tahlil Arwah

No comments:

Post a Comment